JemputNow

Dasar Cookies

Dikemas kini: 14 September 2026

Dasar ini menerangkan jenis cookies yang digunakan oleh JemputNow, tujuannya dan cara anda mengawal pilihan cookies.

1. Apakah itu cookies?

Cookies ialah fail teks kecil yang disimpan pada peranti anda apabila anda melawat laman web. Cookies membantu laman berfungsi, mengekalkan keselamatan dan, dengan izin anda, mengukur penggunaan laman.

2. Cookies penting

Cookies ini diperlukan untuk fungsi asas dan keselamatan JemputNow. Ia tidak boleh dimatikan melalui tetapan cookies kami kerana laman mungkin tidak berfungsi dengan betul tanpanya.

  • jemputnow-session: mengekalkan sesi laman dan status log masuk.
  • XSRF-TOKEN: membantu melindungi borang dan permintaan daripada serangan pemalsuan.
  • jn_cookie_consent: menyimpan pilihan cookies anda selama 12 bulan.
  • appearance dan sidebar_state: menyimpan pilihan paparan apabila ciri berkaitan digunakan.

3. Analitik asas dan analitik tambahan

JemputNow menggunakan Google Analytics untuk mengukur lawatan halaman asas walaupun anda belum memilih “Terima semua” atau memilih “Cookies penting sahaja”. Analitik penukaran dalaman dan pengukuran yang lebih terperinci hanya digunakan selepas anda memilih “Terima semua”.

  • Cookies Google Analytics: membezakan pelawat dan mengukur lawatan halaman asas.
  • Analitik tambahan: selepas kebenaran diberikan, mengukur penggunaan laman dan perjalanan penukaran dengan lebih terperinci.
  • jn_conversion_session: menghubungkan paparan design, preview dan checkout kepada satu sesi analitik tanpa menyimpan nama atau alamat email dalam cookies tersebut.

4. Mengurus pilihan anda

Anda boleh menerima atau menolak cookies analitik. Jika anda menolak, JemputNow masih boleh digunakan dengan cookies penting sahaja. Anda boleh membuka semula tetapan pada bila-bila masa melalui butang di bawah atau pautan “Tetapan Cookies” pada footer.

5. Perubahan dasar

Kami boleh mengemas kini Dasar Cookies ini apabila penggunaan cookies atau perkhidmatan pihak ketiga berubah. Tarikh kemas kini terkini dipaparkan pada halaman ini.