JemputNow

Dasar Privasi

Dikemas kini: 3 September 2026

Dasar ini menerangkan bagaimana JemputNow mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat apabila anda menggunakan perkhidmatan kami.

1. Maklumat yang kami kumpul

  • Maklumat akaun dan tempahan seperti nama dan alamat email.
  • Maklumat majlis yang anda masukkan seperti nama pasangan, tarikh, lokasi, nombor telefon, galeri dan kandungan jemputan.
  • Maklumat teknikal yang diperlukan untuk operasi, keselamatan dan penyelesaian masalah perkhidmatan.
  • Status transaksi daripada penyedia pembayaran. JemputNow tidak perlu menyimpan butiran kad pembayaran penuh anda.

2. Bagaimana maklumat digunakan

  • Memproses tempahan dan menyediakan kad kahwin digital anda.
  • Mewujudkan serta mengurus akaun dan pautan jemputan.
  • Menyediakan fungsi seperti RSVP, lokasi, hadiah, wishlist, galeri dan ucapan.
  • Mengesan penyalahgunaan, menjaga keselamatan dan menambah baik perkhidmatan.

3. Perkongsian dengan pihak ketiga

Maklumat hanya dikongsi apabila perlu untuk menyediakan perkhidmatan, contohnya dengan penyedia pembayaran, hosting, email atau infrastruktur teknikal yang berkaitan.

Kami tidak menjual maklumat peribadi pelanggan kepada pengiklan.

4. Pautan jemputan awam

Maklumat yang anda terbitkan pada kad jemputan boleh dilihat oleh sesiapa yang mempunyai pautan tersebut. Anda bertanggungjawab memilih maklumat yang sesuai untuk dipaparkan secara awam.

5. Penyimpanan dan keselamatan

Kami menyimpan maklumat selagi diperlukan untuk operasi perkhidmatan, pematuhan, keselamatan dan penyelesaian pertikaian. Langkah keselamatan yang munasabah digunakan untuk melindungi data, tetapi tiada sistem internet boleh dijamin selamat sepenuhnya.

6. Perubahan dasar

Dasar Privasi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan dipaparkan pada halaman ini.