JemputNow
Polisi Bayaran Balik
Dikemas kini: 3 September 2026
Sila baca polisi ini sebelum membuat pembayaran untuk tempahan kad kahwin digital JemputNow.
Tiada bayaran balik
Pelanggan diberi peluang memilih design dan menyemak maklumat sebelum membuat pembayaran. Selepas transaksi berjaya, tempahan akan diproses dan akses kepada perkhidmatan digital boleh disediakan.
Pengecualian hanya dibuat jika bayaran balik diwajibkan oleh undang-undang yang terpakai atau jika JemputNow mengesahkan terdapat transaksi berganda atau caj yang berlaku akibat kesilapan teknikal sistem pembayaran.
Transaksi gagal atau tertunda
Jika pembayaran gagal tetapi akaun bank atau kaedah pembayaran anda menunjukkan potongan, status transaksi perlu disahkan terlebih dahulu dengan penyedia pembayaran. Transaksi yang belum disahkan berjaya tidak dianggap sebagai tempahan berbayar.
Pertikaian pembayaran
Sekiranya anda percaya terdapat caj berganda atau kesilapan teknikal, simpan nombor rujukan transaksi dan bukti pembayaran untuk semakan. Sebarang keputusan pembetulan tertakluk kepada pengesahan transaksi sebenar.